Page 7 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Pengurusan
Salam Januari - Jun 2014
m
LAWATAN KOLABORASI KE BRUNEI DARUSSALAM
eramai 4 orang delegasi dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah menyertai lawatan kolaborasi bersama 23
orang delegasi dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM, Shah Alam ke Brunei Darussalam pada 24 hingga 17 Februari 2014.
Sepanjang berada di Brunei, sebanyak 3 buah perpustakaan telah dilawati iaitu Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi
Brunei dan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Tujuan lawatan yang julung-julung kali ini di adakan adalah untuk menjalinkan
hubungan kerja yang baik serta mengikuti perkembangan terkini perpustakaan di negara tersebut. Di samping itu juga
perbincangan mengenai peluang-peluang untuk mengadakan program usahasama dengan perpustakaan yang dilawati juga turut
diadakan.
salam
03