Page 6 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Pengurusan
Salam Januari - Jun 2014
INTERNATIONAL SEMINAR
ON LIBRARY CONSORTIA &
COMMUNITY ENGAGEMENT
Seramai 6 orang pegawai termasuk Pengarah PPAT telah
berkesempatan mengikuti International Seminar on Library
Consortia & Community Engagement yang diadakan di Yayasan
Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 19 Februari 2014 yang
lalu. Seminar ini merupakan anjuran bersama International
Federation of Library Associations and Institutions (IFLA),
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), dan Yayasan
Kepimpinan Perdana. Tujuan seminar ini diadakan adalah
sebagai salah satu platform untuk berkongsi dan bertukar-tukar
pengalaman berkaitan dengan trend masa kini dalam
konsortium perpustakaan serantau. Sepanjang seminar ini
berlangsung, 5 pembentangan kertas kerja telah dibuat.
Pembentangan pertama adalah daripada Prof. Dr. Takashi
Nagatsuka (Secretary of IFLA_RSCAO), diikuti pula Ms. Roza
A. Berdigaliyeva (Sub-Region Chair Central Asia Republic of
Kazakhstan) dan Dr. Fawz Abdallah (Sub-Region Chair, West
Asia-Arab Countries Lebanon). Seterusnya adalah daripada Dr.
Nor Edzan Che Nasir (Naib Presiden Persatuan Pustakawan
Malaysia) dan pembentangan yang terakhir oleh YM Engku
Razifah Engku Chik (Medical Library Group Consortium
Malaysia).