Salam Julai- Disember
Assalammkikum w.b.tdan Qfbalam
22
'embiika oS icara
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya kita bertemu lagi didada SALAM yang
memuatkan berita muttakhir yang berlangsung sekitar PPAT dan juga rangkaian perpustakaan dibawah
naungannya. Tahun baru 2014 telah kita lalui hampir separuh perjalanannya dan PPAT sebagaimana lazim, giat
menyusun jadual dan kalendar aktivitinya dengan pelbagai perancangan galakguna perpustakaan bagi memastikan
perpustakaan terus revelan di mata komuniti masyarakat setempat.
Bagi memastikan aktiviti pembacaan dapat diperluaskan hingga ke kawasan luar bandar, PPAT pada tahun ini telah
menubuhkan sebuah lagi perpustakaan desa (PD) di Kampung Kesom, Manir, Kuala Terengganu pada 3 Februari
2014. Dengan adanya PD baharu ini, ianya telah menjadikan jumlah keseluruhan PD di seluruh negeri Terengganu
meningkat kepada 51 buah kesemuanya.
Pada tahun ini, sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia disambut meriah di PPAT pada 10 dan 11 Mei 2014 yang
lalu. Pada tahun ini PPAT telah berkolobrasi dengan Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM kampus Puncak Perdana,
Shah Alam, Selangor. Sambutan pada kali ini telah diserikan dengan pelbagai acara dan aktiviti seperti
Pertandingan Mewarna, Seminar, Ceramah Kerjaya, Info-Hunt, pameran dan juga gerai jualan pelbagai barangan
disamping rangkaian aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar UiTM. Sambutan yang diberikan oleh komuniti
sekitar Bandaraya Kuala Terengganu ini adalah amat menggalakkan.
PPAT juga tidak ketinggalan menghantar seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada ahli Perbadanan
Perpustakaan Awam Terengganu dan para pegawainya mengikuti lawatan kerja ke Perpustakaan Negara dan
Perpustakaan Digital Korea Selatan pada 18 hingga 22 Mei 2014. Lawatan kerja ini telah dapat memberi
pendedahan dan satu pengalaman baharu kepada peserta mengenai kecanggihan teknologi IT dan kehebatan
perpustakaan digital yang memacu Korea Selatan menjadi salah satu kuasa termaju di dunia. Lawatan ini juga
merupakan satu langkah persiapan awal bagi PPAT untukturut sama menubuhan sebuah perpustakaan digital pada
masa akan datang.
Sebelum tinta ini mengundur diri, warga PPAT seluruhnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Ahmad Razif bin Abd. Rahman
diatas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu yang ke 14 pada 12 Mei 2014 yang lalu.Semoga Yang
Amat Berhormat dapat terus membawa negeri Terengganu kearah negeri maju dan penuh gemilang di masa-masa
akan datang.