Page 16 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Bengkel & Kursus
Salam Januari - Jun 2014
m
KURSUS KEMAHIRAN E-BOOK
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Kursus Kemahiran E-Book pada 31 Mac 2014
bertempat di Bilik Multimedia, PPAT Kursus selama satu hari ini telah disertai oleh 23 orang warga kerja PPAT yang
melibatkan semua Pustakawan, semua Penolong Pustakawan dan pembantu yang bertugas untuk perkhidmatan kaunter.
Kursus yang dianjurkan ini merupakan salah satu inisiatif PPAT bagi memberi pendedahan dan pengetahuan tentang
cara-cara menggunakan pangkalan data E-Book. Kursus ini telah dikendalikan oleh 2 orang tenaga pengajar jemputan
daripada Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu Puan Sofiah Binti Khalid dan Cik Marlina Binti Jaafar.
BENGKEL PENGURUSAN LAMAN SESAWANG PPAT
Pada 14 Mei 2014, Bengkel Pengurusan Laman Sesawang PPAT telah diadakan bertempat di Bilik Komputer, Tingkat 2,
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Wan Azahari bin Wan Mamat iaitu Ketua
Unit Teknologi Maklumat. Bengkel ini telah dihadiri seramai 20 orang warga kerja PPAT yang terdiri daripada Penolong
Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengajar tentang cara-cara
memuatnaik jadual aktiviti sepanjang tahun, cara untuk menghebahkan berita aktiviti yang telah berlaku ke dalam portal PPAT
dan cara bagaimana untuk menggunakan facebook PPAT serta webmail PPAT
salam
12