Page 17 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Bengkel & Kursus
Salam Januari - Jun 2014
m
LATIHAN SISTEM PERPUSTAKAAN BERSEPADU VIRTUA
Latihan Sistem Perpustakaan Bersepadu VIRTUA anjuran PPAT dengan kerjasama VTLS telah diadakan pada 26 hingga 29
Mei 2014 yang lalu. Latihan yang bertempat di Makmal Komputer, Unit Multimedia, PPAT telah dihadiri seramai 20 orang
warga kerja PPAT yang terdiri daripada Pustakawan, Penolong Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan serta 3 orang
peserta dari IFast Solution. Bengkel selama 4 hari telah dikendalikan oleh 2 orang penceramah dari VTLS iaitu Cik Judy Chua
dan Encik Anuar Ridzuan Bin Ibrahim. Antara modul latihan yang telah diajar adalah Module Acquisition, Circulation,
Cataloging, Profiler dan Infestation. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan sistem
Perpustakaan Bersepadu VIRTUA versi 2013 kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat.
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
UNTUK SEKOLAH DAN AGENSI
Sepanjang bulan Januari hingga bulan Mei 2014, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi telah berjaya
menganjurkan 24 Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri
Terengganu. Antara modul pembelajaran yang diajar dalam kursus ini ialah tatacara kerja sebagai pengawas pusat sumber
sekolah, perolehan sumber perpustakaan, mengkatalog, mengelas dan proses teknik. Para peserta turut diberi latihan dan
kuiz untuk memberi lebih pemahaman tentang proses mengkatalog bahan. Di akhir kursus, diadakan juga orientasi
perpustakaan bagi mendedahkan para peserta kepada perkhidmatan yang disediakan oleh PPAT Satu Kursus Asas
Pengurusan Perpustakaan untuk kakitangan Kolej Ketengah turut diadakan bagi membantu pihak kolej dalam pengurusan
perpustakaan kolej berkenaan. Berikut adalah senarai sekolah dan agensi yang terlibat dalam Kursus Asas Pengurusan
Perpustakaan.
Bil.
Tarikh
Nama Sekolah
Bil. Peserta
1.
8 Januari 2014
Sekolah Kebangsaaan Merang
38
2.
5 Februari 2014
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang
41
3.
16 Februari 2014
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Razali
42
4.
19 Februari 2014
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram
50
5.
5 Mac 2014
Sekolah Kebangsaan Al Amin
44
salam
13