Page 19 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
__________
Salam Januari - Jun 2014
KEM MOTIVASI SKOR A UPSR
Perpustakaan Awam Daerah
Hulu Terengganu telah
menganjurkan Kem Motivasi Skor A bagi pelajar-pelajar yang
akan mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
atau UPSR pada 18 Januari 2014. Seramai 94 orang peserta
telah terlibat di dalam kem motivasi berkenaan. Fasilitator yang
mengendalikan kemtersebut adalah Cikgu Kamarudin bin Kasim
dan Cikgu Irman Shah bin Azhar daripada Saujana Motivasi
Enterprise.
BERCERITA BERSAMA KAK PAH
Kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu iaitu
Puan Hajah Natipah binti Abdullah yang lebih dikenali sebagai
Kak Pah telah mengadakan sesi bercerita bersama dengan
pelajar Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah daripada
Sekolah Kebangsaan Pauh pada 26 Februari 2014. Seramai 27
orang murid dan 11 orang guru pengiring turut serta menyertai
program berkenaan.
PROGRAM BULAN BAHASA DAN NILAM
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan
kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Hulu
Terengganu telah menganjurkan Program Bulan Bahasa
Dan Nilam pada 25 Februari 2014 yang lalu bertempat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang. Antara aktiviti
sampingan yang diadakan adalah Pertandingan Ekplorasi
Bahasa dan Maklumat, Pertandingan Mewarna Bunting,
Pertandingan Dam Ular Bermaklumat, Pertandingan Dart
Bermaklumat, Pertandingan Meneka Berat Buku,
Pendaftaran Secara Atas Talian dan Pameran
Perpustakaan Bergerak daripada Perpustakaan Awam
Daerah Kemaman.
salam
15