Page 20 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
__________
Salam Januari - Jun 2014
m
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan
Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan pada 20 Februari
2014. Seramai 41 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Bukit Mentok II telah menyertai kursus tersebut.
Penerangan dan latihan berkaitan modul 'proses teknik
bahan' telah disampaikan oleh Puan Fauzillah binti Awang
dari Perpustakaan Awam Pekan Kerteh.
KURSUS ASAS PENGURUSAN
Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah mengadakan Kursus
Asas Pengurusan Perpustakaan pada 12 Februari 2014.
Seramai 50 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Kampung Baharu telah menyertai kursus
tersebut. Penerangan tentang Katalog, Pengelasan dan
Proses Teknik Bahan telah disampaikan oleh Encik
Kamarudin Ismail dari Perpustakaan Awam Daerah
Kemaman.
'JOM CUTI-CUTI KE PERPUSTAKAAN'
Kempen Galakan Membaca ‘Jom Cuti-Cuti Ke
Perpustakaan’ sempena cuti persekolahan telah
diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Kemaman
pada 30 Mac 2014. Perpustakaan Awam Daerah telah
mengadakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung
perpustakaan iaitu pendaftaran keahlian dan pinjaman,
mewarna kanak-kanak, kreativiti gubahan dewasa, teka
muka surat buku dan aktiviti kraftangan kanak-kanak.
PERPUSTAKAAN
salam
16