Page 21 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
KURSUS ASAS PERPUSTAKAAN SMK PUTRA, BESUT
Pada 30 Mac 2014 telah diadakan Kursus Asas Perpustakaan oleh Perpustakaan Awam Daerah Besut dengan Sekolah
Menengah Kebangsaan Putra, Besut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengenali asas perpustakaan bagi
mendapatkan ilmu tentang pengurusan maklumat perpustakaan. Seramai 36 orang pelajardan 2 orang guru pengiring terlibat
sama dalam menjayakan kursus asas ini. Disamping itu, PAD Besut telah menerima keahlian seramai 38 orang keahlian baru
termasuk guru.
PERTANDINGAN
MEWARNA BERKELUARGA PAP KERTEH
KURSUS ASAS PERPUSTAKAAN
SMK. CHALOK MODUL KHAS, SETIU
Sempena cuti sekolah, Perpustakaan Awam Pekan
Kerteh telah mengadakan Pertandingan Mewarna
Keluarga pada 31 Mei 2014. Seramai 58 orang peserta
telah menyertai pertandingan tersebut.
Pada 20 Mac 2014 telah diadakan Kursus Asas
Perpustakaan oleh Perpustakaan Awam Daerah Setiu
dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, Setiu.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengenali
asas perpustakaan bagi mendapatkan ilmu tentang
pengurusan maklumat perpustakaan. Seramai 55 orang
pelajar dan 5 orang guru pengiring terlibat sama dalam
menjayakan kursus asas perpustakaan ini bagi
Pengawas Pusat Sumber SMK. Chalok, Modul Khas,
Setiu. Disamping itu, PAD Setiu telah menerima keahlian
seramai 60 orang ahli baharu termasuk guru. Kursus ini
telah di kendalikan oleh Penolong Pustakawan Daerah
Setiu bersama kakitangannya.