Page 22 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
__________
Salam Januari - Jun 2014
'JOM CUTI-CUTI KE PERPUSTAKAAN'
I
Kempen Galakan Membaca ‘Jom Cuti-Cuti Ke Perpustakaan’
sempena cuti persekolahan telah diadakan di Perpustakaan
Desa Binjai Batu 5, Perpustakaan Desa Pasir Gajah,
Perpustakaan Desa Geliga dan Perpustakaan Desa Cheneh.
Pelbagai aktiviti kepada pengunjung perpustakaan telah
diadakan iaitu pendaftaran keahlian dan pinjaman, kreativiti
gubahan batik dan telekong dewasa, pertandingan masakan
tradisional,pertandingan pakaian aneka ragam, pertandingan
puzzle, teka muka surat buku dan mewarna kategori
kanak-kanak. Penyampaian hadiah pemenang telah
dilakukan oleh setiap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan
Kampung Perpustakaan Desa berkenaan.
MEMBACA MEMUPUK PERPADUAN
PERPUSTAKAANKU KEBANGGAANKU
i
Sempena Kempen Membaca Kanak-kanak Tabika
Perpaduan, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah
mengadakan pelbagai aktiviti kepada kanak-kanak Tabika
Kampung Fikri dan Kampung Fikri 2, Kampung Paya
Berenjut dan Tabika Taman Ros Merah Binjai pada 27
Februari 2014. Seramai 89 orang kanak-kanak telah
menyertai aktiviti tersebut. Diantara aktiviti yang diadakan
ialah nyanyian bersama kanak-kanak, kraftangan origami,
persembahan boneka, lawatan ke Bahagian Kanak-Kanak
serta pendafataran dan pinjaman buku-buku perpustakaan.
I
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dan Perpustakaan Desa Perumahan Tok Randok, Hulu Terengganu telah
menganjurkan program Perpustakanku Kebanggaanku pada 15 Mac 2014. Antara perisian program yang dilaksanakan pada
hari berkenaan adalah Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Berkeluarga, Pertandingan Menaip Pantas dan
Pertandingan Karom. Seramai 50 orang peserta telah terlibat di dalam program berkenaan.
salam
18