Page 24 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
Tanggal 03 Februari 2014, PPAT telah turun padang merasmikan Perpustakaan Desa Kg. Kesom, Kuala
Terengganu. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Hj. Ahmad Razif b. Abd Rahman iaitu
Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi; Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri merangkap
Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Pelbagai aktiviti dan acara sampingan yang menarik telah
diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan ‘Jigsaw Puzzle’,
Pertandingan Dam Ular Gergasi dan Pertandingan Gubahan Tuala. Selain itu, terdapat beberapa buah agensi
pempamer turut sama menyertai majlis perasmian ini yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara,
Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Terengganu,
Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi telah diakhiri
dengan sesi lawatan ke perpustakaan tersebut. PPAT berharap dengan adanya perpustakaan desa di Kg. Kesom ini
akan dapat memupuk kepentingan literasi dan kreativiti bagi membantu perkembangan dan pembangunan mental
penduduk setempat terutama golongan kanak- kanak.
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Awam Daerah Marang Telah mengadakan program sambutan hari buku dan hakcipta sedunia pada
17 Mei 2014. Program yang dijalankan melibatkan kerjasama antara PAD Marang dan Perpustakaan PNM (Zon-zon
1,5,6,7 & 8). Antara aktiviti yang berlangsung seperti Pertandingan Mewarna Tahap 2, Pertandingan Mewarna
Pra-Sekolah, Pertandingan Jiqsaw Puzzle Tahap 1, Membaca Jawi Beramai-ramai, Pertandingan Dam Ular
Gergasi, Kuiz Spontan, Teka Muka Surat Buku dan Roda Misteri. Golongan belia juga tidak terkecuali dalam
menyertai aktiviti begitu juga bagi golongan vetern di mana mereka boleh menyertai Pertandingan Jejari Pantas
Veteran. Selain itu, beberapa pameran dan jualan buku juga turut diadakan sepanjang program tersebut antaranya
dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK Marang). Turut diadakan adalah
Demonstrasi Masakan Kek Lapis Sarawak yang berpandukan dari buku-buku dari perpustakaan.
salam
20