Page 25 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
Sambutan Hari Buku & Hakcipta Sedunia 2014 Peringkat Daerah Dungun telah diadakan pada 10 Mei 2014
bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan Nasyid,
Pertandingan Roda Kata, Pertandingan ‘Jigsaw Puzzle’, Pertandingan Masakan Puding, Pertandingan Gubahan
Buku dan Pertandingan Mewarna Berkeluarga. Selain itu beberapa agensi dan jabatan kerajaan juga turut
mengadakan pameran antaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan, Buku Jalanan Dungun dan pemeriksaan kesihatan percuma daripada Pejabat Kesihatan Daerah
Dungun. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Puan Akmarizah
binti Mohd Yusof (Pegawai Penyelia PDK Daerah Dungun).
Pesta Buku dan Novel Daerah Dungun 2014 telah diadakan pada 30 Mac hingga 5 April 2014 bertempat di
Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Program ini dianjurkan oleh Tenaga Tulin Trading bersama Perpustakaan
Awam Daerah Dungun dan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun. Selain pameran dan jualan buku, program yang
berlangsung selama tujuh hari ini telah dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti sampingan. Antara aktiviti yang
telah diadakan ialah Pertandingan Congkak, Roda Kata, Pertandingan Bercerita, Deklamasi Sajak dan ‘Jigsaw
Puzzle. Pihak pengajur juga telah mengadakan Pertandingan Mewarna bersama Upin & Ipin. Selain itu beberapa
penulis juga dijemput dalam program Bual Bicara bersama Penulis. Antara penulis yang hadir ialah Dr. Zulkifli
Mohamad Al-Bakri (Pendakwah, Karyawan Islam & Tokoh Maal Hijrah Terengganu 2013), Encik Baharuddin Bekri
(Penulis Novel Remaja) dan En. Abd Latip Talib (Penulis Sejarah Islam). Bengkel melukis komik juga telah diadakan
dan fasilitatornya terdiri daripada penulis dan pelukis komik iaitu Reja, Bophairy, Frogypapa dan Jas. Aktiviti -aktiviti
menarik yang diadakan ini telah menarik pelbagai golongan masyarakat untuk menyertainya.