Page 26 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
k
Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan pada 18 Mac 2014
bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Kursus ini telah disertai oleh 40 orang pengawas
perpustakaan dan 2 orang guru daripada Sekolah Kebangsaan Pulau Serai. Peserta telah didedahkan berkenaan
tatacara pengawas perpustakaan, asas pengkatalogan, pengkelasan dan proses teknik bahan perpustakaan.
SEHARI PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG
KUA BERSAMA KOMUNITI
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan
kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Kua serta
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
telah menjalankan satu program yang dinamakan Sehari
Perpustakaan Desa Kampung Kua Bersama Komuniti.
Program ini telah berlangsung pada 28 Mei 2014. Antara
aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Mewarna,
Pertandingan Mencari Jalan Pulang, Pertandingan
Mencari Benda Tersembunyi, Pertandingan Menaip
Pantas, Pertandingan Damakdan Pertandingan Gubahan
Tuala. Seramai 50 orang peserta menyertai pertandingan
ini.
PROGRAM JOM BACA 10 MINIT SATU
MALAYSIA
Perpustakaan Awam Daerah Marang telah mengadakan
Program jom baca bersama pada 22 April 2014
bersempena dengan hari buku dan hakcipta sedunia yang
disambut serentak di seluruh negeri. Beberapa buah
sekolah dan tabika yang terlibat dan seramai 150 murid
telah mengambil bahagian dalam program tersebut dan
disamping itu turut diadakan pertandingan membaca
spontan selain sessi bercerita bersama Nek Nun (Puan
Zainoon Abdul Rahman). Program ini adalah pengisian
program gerakan membaca yang dijalankan bagi
membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat
membaca. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak
Tadika KEMAS, Tabika Permata dan Tadika Yayasan
Islam Terengganu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi
memeriahkan program tersebut seperti Kuiz Spontan,
Bakat Cilik dan Sesi Bercerita bersama Kak Nun.