Page 27 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
__________
Salam Januari - Jun 2014
PROGRAM GURUKU SUPER SPONTAN
i
Bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Hulu Terengganu pada 25 Mei 2014 yang lalu,
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah
mengadakan program yang dinamakan Guruku Super
Spontan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah
Pertandingan Damak, Pertandingan Meneka Muka Surat
Buku dan Kuiz Perpustakaan. Seramai 50 orang guru telah
terlibat menyertai program ini.
PROGRAM SEMPENA
SAMBUTAN HARI BUKU DAN
HAK CIPTA SEDUNIA 2014
Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah mengadakan
Program Sempena Hari Buku & Hakcipta Sedunia 2014
pada 10 Mei 2014. Pelbagai aktiviti diadakan seperti
pertandingan mewarna, pertandingan puzzle, memancing
perkataan, mencari bola kata, melukis poster dan cabutan
bertuah. Seramai 180 orang peserta telah menyertai
aktiviti-aktiviti tersebut. Majlis penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh Penghulu Mukim Kerteh/Kemasik,
Encik Abdul Ghafar bin Mohamed.
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Awam Daerah Marang Telah Mengadakan Beberapa Siri Kursus Asas Pengurusan Perpustakaan Yang
Melibatkan pengawas pusat sumber beberapa Buah Sekolah Iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Sekolah
Kebangsaan Gong Nangka, Sekolah Kebangsaan Marang Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang. Objektif
kursus adalah bertujuan untuk memberikan informasi berhubung perkara-perkara asas dalam pengurusan
perpustakaan dan bahan-bahan bacaan selain aspek yang perlu ada pada pengawas pusat sumber.
salam
23