Page 28 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
PROGRAM HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA DI PAD KEMAMAN
Pada 24 Mei 2014 Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan sambutan Hari Buku & Hakcipta
Sedunia. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar. Pelbagai aktiviti
yang menarik telah belangsung pada hari tersebut seperti Pertandingan Mewarna, Cinta Kamus dan Pertandingan
Jigsaw Puzzle. Tujuan sambutan ini adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat untuk
melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.
PROGRAM HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA DI PAD HULU TERENGGANU
uaaMtafeiu'
HD1-U5J
Pada 10 Mei 2014 Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan sambutan Hari Buku & Hakcipta
Sedunia. Program ini merupakan anjuran Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terenganu dengan kerjasama
Perpustakaan Desa (PD) dibawah seliaan PNM iaitu PD Zon 4, 7 & 8 serta Bestari.Com Dun Kuala Berang. Pelbagai
aktiviti yang menarik telah berlangsung pada hari tersebut seperti Pertandingan Membaca Berita, Pertandingan
Gubahan Majalah, Keluarga Paling Aktif, Pertandingan Jigsaw Puzzle Berpasangan, Pertandingan Dart Terbuka dan
sebagainya. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat untuk
melahirkan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.