Page 29 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
m
PROGRAM BACAAN YASIN DAN
DOA SELAMAT
Perpustakaan Desa Kampung Fikri telah mengadakan
program bacaan Yasin dan doa selamat pada 17 Mei 2014.
Program ini telah dianjurkan bersama oleh Perpustakaan
Awam Daerah Kemaman serta Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Fikri Encik
Malwari bin Muhamad.
Seramai 35 orang penduduk
setempat
telah
menyertai
dan
mengimarahkan
Perpustakaan Desa pada hari tersebut.
LAWATAN PELAJAR
PEKAN BUDAYA
BERPENDIDIKAN KHAS (4U2C)
DAERAH KEMAMAN
Satu lawatan oleh Pelajar Berpendidikan khas (4U2C)
telah diadakan pada 21 Mei 2014. Perpustakaan Awam
Daerah Kemaman telah menerima layan dengan
mengadakan pelbagai aktiviti bagi membentuk minda dan
galakan membaca pada pelajar tersebut. Diantara aktiviti
yang diadakan ialah Kraftangan mudah dengan membuat
origami berbentuk topi dan aktiviti mari membaca. Pelajar
istimewa ini didedahkan dengan suasana ‘ self-confidence’
dengan menceritakan kembali dihadapan pelajar lain hasil
dari pembacaan mereka.
IT
Pada 29 Mei hingga 1 Jun 2014, Perpustakaan Awam
Daerah Kemaman telah menyertai Pekan Budaya Daerah
Kemaman yang bertempat di Padang Astaka, Chukai,
Daerah Kemaman. Pelbagai aktiviti telah diadakan diruang
pameran pada setiap hari yang bermula pada jam 9.00 pagi
hingga 11.00 malam. Antara aktiviti yang diadakan adalah
seperti Pendaftaran Keahlian Secara Online, Kuiz E-Book,
Kuiz Perpustakaan, Pertandingan Dam Ular Gergasi,Teka
Muka Surat Buku, Pertandingan Jigsaw Puzzle,
Pertandingan Congkok dan Pertandingan Batu Seremban.
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah memasuki
pertandingan dan telah mendapat hadiah tempat ke 5
daripada 30 jabatan yang bertanding sempena booth
jabatan sempena Pekan Budaya peringkat Daerah
Kemaman. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Ir Encik
Rosli bin Othman, ADUN Kemasik, Kemaman.
salam
25