Page 30 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
PROGRAM JOM BACA DI PAD KEMAMAN
Perpustakaan Awam Daerah Marang Telah mengadakan
program sambutan hari buku dan hakcipta sedunia pada
17 Mei 2014. Program yang dijalankan melibatkan
kerjasama antara PAD Marang dan Perpustakaan PNM
(Zon-zon 1,5,6,7 & 8). Antara aktiviti yang berlangsung
seperti Pertandingan Mewarna Tahap 2, Pertandingan
Mewarna Pra-Sekolah, Pertandingan Jiqsaw Puzzle
Tahap 1, Membaca Jawi Beramai-ramai, Pertandingan
Dam Ular Gergasi, Kuiz Spontan, Teka Muka Surat Buku
dan Roda Misteri. Golongan belia juga tidak terkecuali
dalam menyertai aktiviti begitu juga bagi golongan vetern
mana mereka boleh menyertai Pertandingan Jejari
Pantas Veteran. Selain itu, beberapa pameran dan jualan
buku juga turut diadakan sepanjang program tersebut
antaranya dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK Marang ). Turut
diadakan adalah Demonstrasi Masakan Kek Lapis
Sarawak yang berpandukan dari buku-buku dari
perpustakaan.
Perpustakaan Awam Daerah Marang telah menyertai pameran antara jabatan
di Program Pekan Budaya Daerah Marang 2014 bertempat di Pantai
Peranginan Kelulut, Marang pada 18-24 April 2014. Pelbagai aktiviti
dijalankan bagi mempromosikan perkhidmatan perpustakaan seperti kuiz
berdasarkan bahan pameran, teka muka surat buku dan Iain-lain lagi.
salam
26