Page 31 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
T O
PROGRAM SEHARI BERSAMA PAP JERTEH DI PEKAN BUDAYA DAERAH BESUT
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah menyertai Pameran Pekan Budaya Daerah Besut pada 27 Mei 2014, bermula jam
8.30 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai acara menarik diadakan bagi mempromosikan Perpustakaan Awam Pekan Jerteh
kepada orang ramai. Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Lego, Puzzle, Pertandingan Memancing Ikan dan Kuiz
kenali PAP Jerteh. Pendaftaran keahlian juga turut diadakan bagi memudahkan orang ramai untuk menjadi ahli. Sambutan
yang diterima sangat menggalakkan.
IRERRUSTAK'A’ANl
IRE K'AN n E R TE H I
AHAO HINGGA RABU
9.00 Pagi • 5.15 Petang
i
KHAMIS
¥>•00 Pagi-1.00 Petang^
SAMBUTAN HARI BUKU &
HAK CIPTA SEDUNIA 2014 PAP JERTEH
Sempena Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia yang
diisytiharkan oleh UNESCO pada 23 April setiap tahun,
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan
Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2014 pada 17 Mei
2014. Program ini bertujuan bagi mempromosikan budaya
membaca dan menghormati hak cipta kepada setiap karya
perekacipta dalam melahirkan masyarakat berilmu dan
berakhlak mulia. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan,
antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Bercerita, Jejari
Pantas, IQ Blok, Memancing Ikan, Teka Muka Surat Buku,
Anugerah Peminjam Terbanyak, Demostrasi Masakan (Puding
Triffle) dan Cabutan Bertuah.
KURSUS PEMANTAPAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan
kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Terengganu
dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu telah
menganjurkan Kursus Pemantapan Pusat Sumber
Sekolah pada 7 April 2014 yang lalu. Kursus ini telah
melibatkan 25 orang pelajardan lima orang guru pengiring
daripada Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu
Terengganu. Pada kursus ini juga, Mr. Joshua Gill
daripada Brighton Education Group dibawah seliaan
Jabatan Pelajaran Negeri turut berkongsi pengalaman
berkaitan dengan pengurusan sesebuah perpustakaan.
n i m a n n u i
salam
27