Page 32 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Rangkaian
Salam Januari - Jun 2014
PROGRAM MARI MEMBACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT DI PAP JERTEH
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan Program Mari Membaca Bersama untuk 10 minit pada 22 April 2014,
bermula jam 10.00 pagi. Program ini dijalankan serentak diseluruh negara sempena Sambutan Hari Buku & Hak Cipta
Sedunia 2014 bagi memacu masyrakat ke arah minat membaca. Program ini disertai oleh 150 orang kanak-kanak tadika dari
Tadika Kemas, Perpaduan dan sebagainya. Kanak-kanak diminta untuk membaca secara serentak selama 10 minit. Selain itu,
pelbagai aktiviti sampingan yang lain turut diadakan bagi memeriahkan program. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna,
Pertandingan Memancing Ikan dan Cabutan Bertuah.
PROGRAM JOM SANTAI
DI PERPUSTAKAAN DESA ANAK MUSANG
PERTANDINGAN DEKLAMASI
SAJAK & PUZZLE
Perpustakaan Desa Anak Musang dengan kerjasama
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah menganjurkan satu
program iaitu, Program Jom Santai di Perpustakaan Desa Anak
Musang pada 29 Mac 2014. Pelbagai aktiviti yang menarik
diadakan sepanjang program ini. Antaranya ialah Pertandingan
Mewarna Tahap 1 dan Tadika, Pertandingan Gubahan Tuala,
Pertandingan Musang Berjanggut, Pertandingan Teka Muka
Surat Buku, Sukaneka, Balingan Kasih, Kerusi Bertuah,
Pertandingan Makan Epal, Kuiz Mudah, Anugerah Peminjam
Terbanyak dan Cabutan Bertuah. Majlis dirasmikan oleh Encik
Wan Ahmad bin Wan Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan
Pertandingan Deklamasi Sajak dan Puzzle pada 19 April
2014. Pertandingan Deklamasi Sajak ini disertai oleh 10
orang peserta, manakala Pertandingan Puzzle disertai
oleh 12 orang peserta. Pertandingan ini bertujuan untuk
mencungkil bakat kanak-kanak dalam meyampaikan
sajak disamping memupuk budaya saing dalam diri
kanak-kanak.