Page 33 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Kelab & Sukan
Salam Januari - Jun 2014
AKTIVITI MENCANDAT SOTONG AHLI-AHLI PERPAT
IM encandat sotong merupakan salah satu
aktiviti yang dimasukkan ke dalam kalendar
pelancongan
sempena
Tahun
Melawat
Terengganu 2014. Ahli-ahli Kelab Sukan
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
(PERPAT) turut tidak ketinggalan untuk merasai
sendiri kemeriahan pesta mencandat sotong
yang kebiasaannya dijalankan antara bulan Mei
hingga Ogos setiap tahun. Seramai 28 orang ahli
PERPAT telah menyertai aktiviti ini yang telah
diadakan pada 15 Mei 2014 Ahli rombongan
telah bertolak dari jeti Persendirian di Bukit
Tunggal kira-kira jam 5.30 petang dan tiba ke
destinasi pada jam 6.30 petang. Sejurus tiba,
kesemua peserta mula mencandat dan
menghabiskan masa di tengah laut sehinggalah
bertolak pulang pada waktu subuh keesokkan
harinya. Rata-rata peserta yang menyertai aktiviti
ini merasa seronok terutama pada mereka yang
baru pertama kali merasai suasana mencandat
sotong dan berjaya membawa pulang hasil
tangkapan untuk dikongsi bersama dengan ahli
keluarga masing-masing.