Page 40 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

Info Aktiviti
Salam Januari - Jun 2014
SESI PENYERAHAN BUKU WAKAF UITM KEPADA SEMUA
PERPUSTAKAAN DESA NEGERI DAN PNM
Pada 8 hingga 20 Mac 2014, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah mengadakan Program Project Recyling
anjuran bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Terengganu (PPSPPA) dan
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 50
orang terdiri dari pelbagai kategori peringkat umur yang menyertai akitiviti ini. Pelbagai aktiviti menarik dan
menyeronokkan diadakan untuk para pengunjung yang hadir.
Tanggal 22 Jun 2014 bertempat di Bilik Seminar, PPAT telah diadakan satu sesi Penyerahan Buku Wakaf UiTM kepada
semua Perpustakaan Desa Negeri dan PNM. Majlis berkenaan dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dato’ Hajah
Nor Akmal binti Abdul Fatah, Pengarah PPAT dan disusuli dengan ucapan daripada Prof. Madya Dr. Abdol Samad Nawi,
Rektor UiTM (Terengganu). Seramai 7 orang kakitangan UiTM telah hadir dalam majlis tersebut dan sejurus selesai
majlis, mereka telah dibawa melawat di sekitar Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
salam
36