Page 41 - SALAM JAN JUN 2014

Basic HTML Version

PPAT dengan kerjasama Kelab Belia Eksplorasi Kuala Terengganu
telah menganjurkan Terengganu Pet’s Day pada 31 Mei 2014.
Program yang turut mendapat tajaan daripada pelbagai pihak ini telah
berlangsung dengan begitu meriah dan penuh warna warni serta
berjaya menarik minat pengunjung untuk datang ke PANT sewaktu
musim cuti persekolahan.
Bertempat di ruang legar dan perkarangan PANT, pelbagai aktiviti
dan program telah disusun sepanjang sehari program ini
berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan
Mewarna Kanak-kanak Pra Sekolah, Tahap I dan II, Pertunjukan
Haiwan Peliharaan, Pertandingan Ayam Serama, Pertandingan Ikan
Hiasan, Pertandingan Burung Budgie, Pertandingan Arnab Tercantik
dan Pertandingan & Pameran Merpati Hias, Kuiz dan Iain-lain lagi.
Aktiviti-aktiviti ini telah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00
petang dan objektif program ini diadakan adalah untuk memberi
kesedaran serta menarik minat komuniti setempat untuk mengenali
dan menyayangi haiwan peliharaan. Selain daripada pertandingan
dan pameran haiwan, program turut diserikan dengan kempen
menderma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
INCILLA