Page 14 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

A\
(S»
Tiga siri Short English Course For Front-Line Library Staf (Counter Service), PPAT telah diadakan
pada 16 hingga 18 November, 22 hingga 24 November dan 21 hingga 23 Disember 2009 yang lalu.
Kursus yang dihadiri oleh seramai 30 orang peserta bagi setiap sesi ini telah dikendalikan oleh
Encik Cheam Ah Ngan, Penyelaras Bahasa Inggeris, Pusat Bahasa Terengganu.
Modul-modul pembelajaran yang diketengahkan dalam kursus ini merangkumi elemen-elemen
seperti Phonetics, Greetings and Responses, Dialogue for Practices dan juga How To Deal with
Enquiries. Selain daripada sesi teori yang dijalankan di bilik kuliah dan makmal bahasa, para
peserta juga telah didedahkan dengan pendekatan secara amali dimana mereka telah dibawa
melawat ke kaunter-kaunter hadapan dan berlatih berinteraksi didalam bahasa inggeris
dikaunter-kaunter tersebut.
Di akhir sesi telah diadakan majlis penyampaian sijil kepada peserta-peserta dan ianya telah
disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah, Pengarah PPAT. Kursus yang
mengambil masa selama 3 hari ini dilihat sebagai satu usaha yang baik bagi memastikan para
peserta berani berdepan serta mampu berinteraksi didalam Bahasa Inggeris didalam memberi
perkhidmatan kepada orang ramai.