Page 15 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

iM s m m s
Sempena musim Cuti Persekolahan Akhir Tahun, Pusat Bahasa Terengganu telah mengadakan
Program Bahasa Inggeris Cuti Sekolah Bagi Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah pada 6-17
Disember 2009 yang lalu. Program yang melibatkan para pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 4
ini adalah merupakan kesinambungan dari program-program yang lalu dan telah disertai oleh
seramai 134 orang peserta. Program ini telah dikendalikan oleh 5 orang tenaga pengajar dan
mengambil masa selama 40 jam. Antara modul-modul yang diketengahkan adalah kaedah
sebutan dan penulisan yang betui, komunikasi dalam kumpulan serta sesi persembahan dan
pembentangan dalam Bahasa Inggeris.