Page 17 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

MAJLIS PERASMIAN
PERPUSTAKAAN DESA SEKAYU
YB Encik Rozi bin Mama t ketika merasmikan
Perpustakaan Desa Kampung Sekayu
Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kampung
Sekayu telah diadakan pada hari Isnin, 27 Julai 2009.
Majlis ini merupakan anjuran bersama di antara
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Sekayu.
Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini telah
disempurnakan perasmiannya oleh Y.B Encik Rozi bin
Mamat iaitu Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri
Terengganu
merangkap
Ahli
Dewan
Undangan Negeri Kawasan Telemong, Hulu
Terengganu. Seramai 350 orang para
jemputan yang terdiri daripada agensi
kerajaan serta penduduk tempatan telah
datang bagi menceriakan lagi majlis ini.
Tujuan perasmian ini diadakan adalah
untuk mendedahkan kepada penduduk
kampung tentang kemudahan bahan
bacaan dan perkhidmatan yang terdapat di
Perpustakaan Desa selain menarik lebih
ramai pengunjung untuk datang ke
perpustakaan.
Aktiviti-aktiviti
sampingan
seperti
Pertandingan
Melukis dan Mewarna
Kanak-Kanak, Pertandingan Gubahan dan
Cabutan Bertuah
turut diadakan bagi
memeriahkan lagi majlis perasmian ini.
Turut hadir di majlis perasmian PD Sekayu
ini iaiah Encik Mohd Azmi bin Abdul Aziz,
pegawai
dari
Perpustakaan
Negara
Malaysia (PNM) mewakili Ketua Pengarah
PNM dan Puan Hajah Nor Akmal binti
Abdul Fatah, Pengarah PPAT.