Page 18 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN DESA
FELDA KERTEH SATU
Majlis Perasmian Bangunan Baru Perpustakaan
Desa Felda Kerteh 1 telah diadakan pada hari Ahad,
26 Julai 2009. Majlis yang bermula pada 8.30 pagi
ini adalah kerjasama di antara Perbadanan
Perpustakaan Awam Terengganu dan Jawatankuasa
Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Kerteh 1 dan
telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.B Tuan
Haji Matulidi bin Jusoh, Ahli Parlimen Dungun.
Perpustakaan Desa Felda Kerteh 1 telah berpindah
ke bangunan baru yang menelan kos RM 120,000.00
ini pada 17 Jun 2009 dan mula beroperasi pada 27
Jun 2009. Seramai 200 jemputan yang terdiri
daripada agensi kerajaan dan masyarakat sekitar
Felda Kerteh 1 turut hadir bagi memeriahkan majlis
ini.
Selain perasmian bangunan baru, objektif majlis ini
juga adalah untuk menarik lebih ramai masyarakat
setempat
mengunjungi
perpustakaan
yang
menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mesra
pelanggan. Majlis diceriakan lagi dengan beberapa
aktiviti seperti Pertandingan Melukis dan Mewarna
untuk Kanak-kanak Pra Sekolah (5-6 tahun) dan
Sekolah Rendah tahap 1 (7-10 tahun) serta
Pertandingan Gubahan Hantaran Tuala bagi
surirumah. Di akhir majlis ini, acara cabutan bertuah
diadakan dan mereka yang bertuah membawa
pulang hadiah masing-masing.