Page 25 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

^ Info Ke lab Sukon
(fi
i V .
J M E K J a K3S003
Pada tanggal 16 Julai 2009 bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
telah berlangsung Program Jalinan Kasih anjuran Kelab Sukan Perbadanan Perpustakaan Awam
Terengganu (PERPAT) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu.
Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah merupakan penyerahan pakaian terpakai
yang disumbangkan oleh warga PPAT kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik di
bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu. Sumbangan 10 buah kotak
pakaian terpakai ini kemudiannya telah diserahkan oleh Pengarah PPAT Puan Hajah Nor Akmal
binti Abdul Fatah kepada Encik Mohammad Abdan bin Ishak, wakil dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Terengganu.
MAJLIS GOTONG ROYONG
MENGACAU BUBUR LAMBUK
Bulan Ramadhan pada tahun ini disambut meriah oleh warga kerja PPAT di mana pada tanggal 3
September 2009 telah diadakan majlis gotong royong Mengacau Bubur Lambuk di perkarangan
meletak kenderaan kakitangan PPAT. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini adalah
merupakan antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh Biro Keagamaan dan Kebajikan,
Kelab Sukan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PERPAT) bagi tahun 2009. Majlis ini ini
telah bermula dari awal pagi dan siap menjelang tengahari. Bubur Lambuk yang telah siap di
masak telah diagih-agihkan kepada warga kerja PPAT dan dibawa pulang sebagai juadah berbuka
puasa di kediaman masing-masing.