Page 26 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

^ Info Ke lab Sukon
Kelab Sukan Perbadanan Perpustakaan Awam
Terengganu (PERPAT) telah menganjurkan
Pertandingan Tenpin Bowling Tertutup PERPAT
2009 di Terengganu Equestrian Resort (TER),
Kuala Terengganu pada 20 Julai 2009 yang
lalu. Pertandingan yang julung-julung kali
diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan
sebanyak 16 buah pasukan yang terdiri
daripada empat orang sepasukan.
'B ffM iU IM G M T E m u m n
{ p s m s r & m
mmss
Selain merebut hadiah utama berpasukan,
hadiah-hadiah individu seperti jatuhan pin
tertinggi lelaki dan wanita, hadiah misteri dan
cabutan bertuah juga menjadi taruhan dalam
pertandingan ini. Pertandingan yang bermula
dari jam 10.00 pagi ini telah dibahagikan
kepada tiga sesi dan berakhir pada jam 4.00
petang. Senarai pemenang adalah seperti
berikut;-
Berpasukan
Tempat Pertama - Kumpulan Boh Jer..
Tempat Kedua - Kumpulan G4 Bay
Tempat Ketiga - Kumpulan Mantop
Individu Lelaki - Mohd Kamal A fif bin Rameli
Individu Wanita- Che Roslina binti Av^ang