Page 27 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

^ Info Ke lob Sukon
B m m s A m
Pada
6
Ogos 2009 yang lalu, satu ceramah
kerjaya bertajuk " Membina Pasukan Kerja
dan Menangani Stress di Tempat Kerja" telah
diadakan di Bilik Rehat, Perpustakaan Awam
Negeri Terengganu. Ceramah kerjaya ini telah
disampaikan oleh Encik Mohamad Taha bin
Sali, Penolong Pengarah Kaunseling Pelajar,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sesi
ceramah anjuran Kelab Sukan Perbadanan
Perpustakaan Awam Terengganu (PERPAT) ini,
banyak
menyentuh
mengenai
halangan-halangan yang wujud didalam
meningkatkan prestasi kerjaya individu serta
mengupas isu-isu semasa yang berlaku dalam
masyarakat hari ini.
Kelab Sukan Perbadanan Perpustakaan Awam
Terengganu (PERPAT) telah berkesempatan
mengadakan lawatan ke Rantau Panjang dan
Wakaf Che Yeh, Kelantan pada 7 Ogos 2009
yang lalu. Rombongan yang disertai hampir 70
orang ahli PERPAT bersama ahli keluarga
mereka telah bertolak dari perkarangan
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu pada
jam 8.10 pagi dan tiba di Rantau Panjang
menjelang tengahari. Rombongan bertolak ke
Wakaf Che Yeh pada jam 8.00 malam dan
bertolak balik ke Kuala Terengganu pada jam
9.30 malam.