Page 41 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

MAJLIS PELANCARAN
BULETIN
5
EjJzJJ;J
RINGKAS TETAPI MERIAH
Pada tanggal 27 Ogos 2009, telah diadakan
Majlis Pelancaran Buletin SALAM bertempat di
Bilik Rehat Kakitangan, Perpustakaan Awam
Negeri Terengganu. Majlis Pelancaran Buletin
SALAM ini telah disempurnakan oleh Puan
Hajah Nor Aknnal binti Abdul Fatah, Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
sejurus selepas Majlis Bacaan Surah Yasin dan
sesi perjumpaan pagi warga kerja PPAT Buletin
SALAM iaitu buletin rasmi PPAT diterbitkan
setiap 6 bulan sekali dan penerbitannya
amatlah bermakna bagi semua warga PPAT
kerana ia mampu merekod, mendokumen serta
melihat kembali pencapaian-pencapaian yang
telah diperolehi, peristiwa-peristiwa yang telah
dilalui serta segala pahit manis yang telah
diharungi bersama. lanya juga menjadi
wahana yang memperlihatkan kecemerlangan
yang pernah dilakarkan oleh seluruh warga
PPAT kepada masyarakat umum.
PAMERAN ALLAHYARHAM
DATO’ HAJI RAZALI ISMAIL
DALAM KENANGAN
PPAT telah mengadakan Pameran 'Allahyarham
Dato' Haji Razali Ismail Dalam Kenangan '
mulai 13 Disember 2009 didalam usaha untuk
mengenang kembali jasa-jasa Allahyarham
Dato' Haji Razali bin Ismail, mantan Timbalan
Pengerusi PPAT yang kembali ke rahmatullah
pada 28 November 2008 yang lalu. Pameran
yang diadakan ini telah memuatkan biodata
diri , riwayat hidup, sumbangan dan juga jasa
allahyarham dalam bidang pendidikan dan
politik di Malaysia amnya dan di Negeri
Terengganu khasnya. Pameran ini juga
bertujuan untuk memberi inspirasi kepada
generasi baru agar lebih mengutamakan
bidang ilmu dan pendidikan sebagaimana
yang telah diperjuangkan sekian lama oleh
Allahyarham sekaligus menjadikan beliau
sebagai ikon atau tokoh yang perlu dicontohi
dan diteladani.