Page 42 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Pameran Deklamapuisi 'Bernalam Sakan Di Lambo Amba' oleh Penyair Marzuki Ali telah diadakan
mulai 15 Disember 2009. Pameran yang bertempat di Ruang Legar Perpustakaan Awam Negeri
Terengganu ini adalah anjuran PPAT dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Grup
Teater Asyik Terengganu. Pameran ini antara lain memuatkan 43 buah karya puisi Saudara Marzuki
Ali yang pernah tersiar dan diterbitkan di media massa selama lebih dari 20 tahun.
PEMENTASAN TEATER “ BALAIKLAH WAUK”
Biro Teater dari Kumpulan Kesenian Uraong Ulu ( KEULU) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Terengganu dan PPAT telah mementaskan sebuah teater yang bertajuk " Balaiklah
Wauk" pada 23 Disember 2009 yang lalu. Teater yang dipimpin oleh Encik Ibrahim Mohd Taib atau
lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Orang Ulu' ini menarik dan unik kerana ianya dipentaskan
menggunakan loghat Daerah Hulu Terengganu.