Page 43 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

lunon
Pada tanggal 22 Ogos 2009, masyarakat
pengguna sekitar Kampung Wakaf Tengah telah
mendapat sebuah bangunan perpustakaan desa
yang baru bagi memenuhi keperluan maklumat
dan pembacaan mereka. Perpustakaan Desa baru
dibawah tadbir urus Perpustakaan Awam Negeri
Terengganu ini telah dibina bagi menggantikan
bangunan perpustakaan lama milik Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK)
Wakaf Tengah yang telah uzur dan tidak lagi
selamat untuk digunakan oleh orang ramai.