Page 20 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN PERPUSTAKAAN
Pada tanggal 1 Oktober 2011, Perpustakaan Desa
Kampung Pulau Kudat, Hulu Terengganu
telah
mengadakan program “Jadilah Pengguna Bijak” .
Program
ini
merupakan
anjuran
bersama
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu,
Persatuan
Pengguna
Daerah,
Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Terengganu, KEMAS dan JKK Kampung Pulau Kudat.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan
kepada pengguna berkaitan dengan kepenggunaan
seperti
harga barang semasa, akta-akta yang
berkaitan dengan kepenggunaan serta pendedahan
berkaitan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
(TTPM). Di samping itu juga, pelbagai aktiviti menarik
telah diadakan seperti Pendaftaran Ahli Perpustakaan
Daerah dan Desa, pertandingan mewarna, meneka
berat buku, cabutan bertuah dan ceramah tentang
modul peranan, tanggungjawab serta panduan
berkaitan tuntutan tribunal di pihak pengguna.
Salam
Jufai-DisemBer