Page 21 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN PERPUSTAKAAN
Sempena Program Pekan Budaya Daerah Setiu
yang telah diadakan bermula pada 1 hingga 15
Julai 2011, Perpustakaan Awam Daerah Setiu
(PADS) telah mengadakan pameran sepanjang
berlangsungnya program tesebut. Program ini
merupakan anjuran Ma jlis Daerah Setiu bersama
Pejabat Daerah Setiu dan ianya diadakan
sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak Daerah
Setiu. Program ini telah berjaya menarik
penyertaan hampir 30 buah jabatan dan pameran
dibuka kepada orang ramai bermula pada jam
8.00 pagi dan berakh ir pada jam 11.00 malam.
Sepanjang program ini berlangsung, PADS telah
membuka kaunter pendaftaran keahlian dan
seramai 200 orang telah mendaftar sebagai ahli
perpustakaan.
Selain itu, PADS turut mengadakan pelbagai aktiviti
menarik seperti kuiz setempat, meneka muka surat
buku, permainan kanak-kanak, dan pameran mini
perpustakaan. Ma jlis perasmian program ini telah
dirasmikan oleh Y.B. Haji Abdul Halim bin Jusoh
ADUN Permaisuri pada 3 Julai 2011 yang turut
mengambil kesempatan mandaftar menjadi ahli
perpustakaan. Manaka la perasmian penutup pula
dirasmikan oleh Y.B Dato' Mohd Jidin bin Shafie,
Ahli Parlimen Setiu pada 12 Julai 2011. Pada majlis
penutup PADS telah diumumkan sebagai antara
pemenang hadiah saguhati gerai terbaik.
Salam
JuCai-DisemBer