Page 42 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

)
BELASUNGKAWA
o
m m m m
PVANZAUNABumHi
(
1966
-
2
U
0
PDBranM
0
N
6
,BU
STA
Pada tanggal 14 Ogos 2011 bersamaan
14 Ramadhan 1432 H, PPAT telah dikejutkan
dengan perkhabaran salah seorang daripada
warga kerjanya telah pergi menyambut seruan
ilahi. Allahyarhamah Puan Zalina binti Mustafa,
45, petugas Perpustakaan Desa Bukit Payong,
Marang telah menghembus nafas terakhirnya
ketika bertugas di perpustakaan desa tersebut.
Allahyarhamah d ilah irkan pada 10 April 1966 di
Kampung Pulai Tinggi, Bukit Payong, Marang.
Beliau telah memulakan tugasnya di PD Bukit Pa­
yong sebagai Pembantu Am Rendah sambilan pada
1 April 1996 dan kemudiannya d ilan tik sebagai
Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Sementara) pada
1 Disember 2002. Atas dedikasi dan komitmen yang
tinggi terhadap tugasnya, beliau kemudiannya telah
diserapkan ke jawatan tetap pada 1 Mei 2011. Perso-
naliti beliau yang baik dan cukup bersederhana telah
membuatkan beliau disenangi oleh pegawai dan semua
warga PPAT dan menyifatkan pemergian beliau sebagai
satu kehilangan terutama d ika langan teman-teman
rapat Allahyarhamah. Kami di Sidang Redaksi SALAM
dan seluruh warga PPAT mengucapkan takziah kepada
suami dan seisi keluarga Allahyarhamah. Semoga roh
A llahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama
orang-orang yang soleh. Amin.