Page 43 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

Perpustakaan Awam Daerah Marang pada
peringkat awalnya beroperasi pada tanggal 1
Februari 1984 di sebuah bangunan 2 tingkat
yang disewa berhampiran Pusat Kesihatan
Marang. Pada 1 Julai 1990, perpustakaan ini
telah berpindah ke bangunan kedai di Taman
Kurnia Jaya dan kemudiannya pada bulan
Ok tobe r 1997 ianya berpindah lagi ke
bangunan kedai 2 tingkat berhadapan dengan
Sekolah Kebangsaan Marang.
Menyedari
akan
pentingnya
sesebuah
perpustakaan itu kepada khalayak umum,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
(PPAT) telah mengambil inisiatif untuk membina
sebuah bangunan perpustakaan baru yang
lebih lengkap, moden dan mampu menampung
dan menyokong kegiatan penyelidikan dan
pembacaan. Didalam Rancangan Malaysia ke 7
(RMK 7 ), sebuah tapak berkeluasan 1.9 hektar
telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi
membina sebuah perpustakaan yang baru.
Tapak yang asalnya merupakan sebuah
kawasan yang berbukit dan bercerun telah
diratakan dan dibangunkan sejurus pemilikan
tapak d ipero lehi pada 1 November 1999.
Akhirnya, pada tanggal 1 Ogos 2002,
bangunan baru perpustakaan ini telah siap
sepenuhnya dan mula beroperasi kepada
masyarakat setempat pada 15 Ogos 2002.
K m X K !
6 6 ^ 0