Page 15 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO BENGKEL & KURSUS
Pada tanggal 30 Oktober 2012 satu taklimat mengenai
pencegahan kebakaran telah diadakan di Dewan
Serbaguna PANT dan telah dihadiri oleh hampir kesemua
petugas dan warga kerja PPAT. Taklimat ini telah
dikendalikan oleh Encik Bryan Koo daripada Persatuan
Pencegahan Kebakaran iaitu sebuah badan bukan
kerajaan (NGO). Di dalam taklimat selama satu jam ini,
para peserta telah didedahkan dengan cara-cara atau
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika
menghadapi situasi kebakaran sama ada di rumah atau di
tempat kerja. Selain daripada itu, para peserta juga telah
diberi penerangan secara terperinci mengenai jenis-jenis
pemadam api, kepentingan, fungsi serta kesesuaian
penggunaannya terhadap bahan yang terbakar. Di
samping penerangan, sesi soal jawab turut diadakan dan
ianya sedikit sebanyak telah dapat membantu memberi
pemahaman yang lebih balk kepada para peserta
mengenai tindakan yang perlu diambil ketika menghadapi
situasi berlakunya kebakaran.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan kerjasama
Kelab Explorasi Kuala Terengganu telah mengadakan Bengkel Asas
Fotografi untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan keatas. la
telah diadakan pada 23 Disember 2012 di Bilik Seminar PPAT.
Bengkel sehari ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri
daripada remaja dan dewasa. Bengkel ini telah memberi pendedahan
kepada peserta-peserta mengenai cara penggunaan kamera dan
teknik-teknik asas-asas fotografi.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
11