Page 16 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
engurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib
dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam. Namun
dengan keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan
generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini
adalah amat rendah sekali. Menyedari hakikat ini,
Perpustakaan Awam Daerah Setiu dengan kerjasama
Pejabat Agama Daerah Setiu dan Pejabat Pelajaran
Daerah Setiu mengambil inisiatif dengan mengadakan
satu program iaitu Kursus Pengurusan Jenazah. Kursus
ini telah berlangsung pada 3 Julai 2012 berteijipat di
Dewan Bangunan Baharu Perpustakaan Awam Daerah
Setiu bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Kursus ini telah mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan dan dihadiri seramai 80 orang peserta
yang mana sebahagian besarnya adalah pelajar daripada
tiga buah sekolah disekitar Daerah Setiu iaitu Sekolah
Menengah Agama Setiu, Sekolah Menengah Penarik dan
Sekolah Menengah Saujana. Objektif utama Kursus
Pengurusan Jenazah diadakan adalah untuk memberikan
pendedahan kepada para peserta tentang kewajipan
menguruskan jenazah dan cara-cara melaksanakannya.
Selain itu, ianya bertujuan untuk memantapkan lag! ilmu
agama dengan mempraktikkan ilmu-ilmu praktikal dan
seterusnya dapat menanamkan rasa keinsafan dan
kesedaran kepada pelajar tentang hakikat kehidupan dan
kematian yang dapat mendidik jiwa.
Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Maktar
bin Jusoh, Pegawai Agama Daerah Setiu. Kursus
Pengurusan Jenazah ini dibahagikan kepada dua sesi
iaitu sesi teori dan sesi praktikal. Para peserta kursus
diberi pendedahan dan tunjuk ajar tentang cara
pengurusan jenazah yang betui menurut perspektif Islam.
Selain itu, peserta turut diberi peluang untuk mengalami
sendiri cara menguruskan jenazah melalui sesi praktikal.
Kursus pengurusan jenazah ini telah dirasmikan oleh En.
Mohd Azmi bin Nazir Penolong Pegawai Pelajaran,
Pejabat Pelajaran Daerah Setiu. Diharapkan dengan
adanya kursus sebegini, ianya dapat membantu peserta
memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu
tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
12