Page 17 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
r r r r
C G G G O T c m : ]
Tanggal 7 Julai 2012, Perpustakaan Awam Daerah
Setiu telah menganjurkan Pertandingan Menghias Kek
Cawan Berpasangan. Seramai 20 peserta telah
menyertai pertandingan tersebut yang mana telah
diadili oleh Cik Asiah binti Abdullah, Lulusan Ijazah
Sarjana Muda Hotel dan Restoran daripada Kuala
Lumpur Metropolitan University (KLMU). Pelbagai
rekaan dan hiasan dihasilkan oleh para peserta yang
kebanyakkannya baru pertama kali menghias kek
cawan. Pertandingan ini dianjurkan rentetan daripada
kursus menghias kek cawan yang telah dihadiri oleh
para peserta sebelum ini.
KIKE
Pejabat Kemas Daerah Setiu telah mengadakan Karnival Pemakanan Sihat 2012 pada 17 Julai 2012 yang
berlangsung di Pekan Sri Langkap (Sungai Tong). Objektif utama karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk
mempromosi dan melaksanakan aktiviti kesihatan serta menyebarkan maklumat promosi makanan sihat
kepada masyarakat setempat dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan di Daerah Setiu. Dalam karnival
ini, Perpustakaan Desa Pekan Sri Langkap (Sungai Tong) telah dijemput bagi memeriahkan mini karnival
tersebut yang turut melibatkan beberapa jabatan dan pertubuhan masyarakat di sekitar DUN berkenaan
seperti Pejabat Kesihatan, AADK, Pejabat Polis dan sebagainya. Perpustakaan Desa Pekan Sri Langkap
telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Mengira Bilangan Naskah Buku,
Pertandingan Cucuk Benang Dalam Jarum, Mewarna dan Pertandingan
‘Jigsaw Puzzle’.
Majlis tersebut telah
dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Ahli Parlimen Setiu.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
13