Page 18 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
K B BO raD D lj®
EQ O a K , c m C 3 M S I ]
a m a i l D C I lG ^ iM D
Sempena Karnival Info Kerjaya/Peluang Latihan Kepada Pelajar yang diadakan oleh Sekolah Menengah Kerteh
pada 5 Julai 2012, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah dijemput untuk mengadakan perkhidmatan
pendaftaran keahlian dan pinjaman buku kepada pelajar serta guru sekolah tersebut. PAP Kerteh juga turut
mengadakan aktiviti sampingan seperti Dam Ular Gergasi, Teka Mukasurat Buku, mencuba
'Buzz wire game'
dan keahlian bertuah. Seramai 66 orang pelajar dan guru telah mendaftar sebagai ahli dan sebanyak 56
naskhah buku telah dipinjam oleh ahli-ahli perpustakaan di karnival tersebut.
^ambutan Bulan Membaca SMK Sura, Dungun
telah diadakan pada 8 hingga 16 Julai 2012
bertempat di SMK Sura, Dungun. Program Bulan
membaca ini merupakan satu program tahunan
dan bulan Julai telah diisytiharkan sebagai Bulan
Membaca yang disambut di peringkat kebangsaan.
la dilaksanakan bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan
amalan membaca sebagai budaya hidup.
Sempena program tersebut, Perpustakaan Awam
Daerah Dungun telah dijemput untuk mengadakan
pameran
dan juga
pendaftaran
keahlian
perpustakaan pada 10 dan 11 Julai 2012. Selain
itu, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan
antaranya iaiah Pertandingan Dam Ular Gergasi,
Teka Mukasurat Buku dan juga
“Jigsaw Puzzle”.
Penganjuran program seperti ini diharap dapat
memenuhi usaha kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang maju dan kaya dengan
maklumat.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012