Page 19 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
JOffl DCKO BIIKUT RflYA
S em pena kedatangan Syawal, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan demonstrasi Jom
Deko Biskut Raya pada 15 Julai 2012 untuk golongan dewasa khususnya untuk surirumah yang bertempat di
lobi perpustakaan. Program ini bertujuan untuk memberi panduan kepada para peserta cara membuat biskut
raya dengan mudah dan menjimatkan berpandukan kepada koleksi buku yang terdapat di perpustakaan.
Seramai 35 orang peserta telah menyertai program tersebut yang mana telah dikendalikan oleh seorang tenaga
pengajar yang berpengalaman. Didalam aktiviti demonstrasi ini peserta telah diberi bimbingan dan teknik yang
betui untuk membuat pelbagai biskut raya. Program ini diharap dapat memberi ilham kepada para peserta dan
seterusnya dapat mempertingkatkan kemahiran serta kesedaran kepada mereka terhadap kepelbagaian
membuat biskut dengan resepi yang mudah.
TAKUMATDANKAIDAH PINCIQAHAN
KBBAKARANOUH BOMBADAERAHBISUT
Pengetahuan dan panduan mengenai pencegahan kebakaran wajar dimiliki oleh setiap anggota masyarakat
bagi persediaan sekiranya berlaku kebakaran ditempat mereka. Sehubungan itu, Perpustakaan Awam Daerah
Besut telah mengadakan taklimat dan kaedah pencegahan kebakaran yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba
Daerah Besut pada 1 Julai 2012. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada
kakitangan tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, cara menggunakan alat pemadan api
mudah alih yang terdapat dibangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.
Perkara-perkara yang mengundang terjadinya kebakaran dan punca-punca kebakaran juga turut diterangkan
secara terperinci oleh pihak bomba. Penerangan seterusnya adalah tentang cara-cara memadam kebakaran dan
situasi mengawal kebakaran yang berlaku. Selesai taklimat, kakitangan telah ditunjukkan dengan demonstrasi
memadam kebakaran di ruang tempat meletak kenderaan Perpustakaan Awam Daerah Besut.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
15