Page 20 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
PROGRAM IHYA RAMADHAN
Ram adhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda.
Ramadhan menjanjikan seribu satu rahmat kepada hamba-hamba Allah yang bertakwa, Pada bulan inilah
kesempatan terbaik kepada kita untuk berusaha mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah.
Justeru itu, Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu telah
menganjurkan satu program ceramah Ihya’ Ramadhan bersempena dengan pengisian ilmu dibulan Ramadhan
al-Mubarak pada 30 Julai 2012. Perkataan Ihya bermaksud “Hidupkan Ramadhan” dan pelbagai aktiviti telah
diadakan sempena program tersebut seperti ceramah agama, pameran Ihya’ Ramadhan dan pendaftaran ahli
perpustakaan.
Seramai 100 orang telah menghadiri program ini yang terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan dan agensi
kerajaan termasuk semua warga perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Selain itu, 43 orang peserta
telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan. Penceramah program iaiah Ustaz Mohd Ezri bin Abdul Rahman,
Penolong Pengarah Kanan Kafa Yayasan Islam Terengganu.
PERTANDINGAN BATU SEREMBAN
Batu seremban dikenali juga sebagai permainan
Selambut. Walaupun namanya berbeza namun, kaedah
dan cara permainannya adalah sama. Permainan ini
kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai
dua hingga empat orang atau lebih.
Kini Permainan batu seremban semakin diketepikan oleh
masyarakat pada hari ini. Generasi kini hanya mengenali
nama sesuatu permainan tradisi namun mungkin mereka
tidak tahu rupa atau cara ia dimainkan dengan kaedah
yang betul.
Hal ini kerana mereka lebih memilih kepada permainan
yang
menggunakan
teknologi
moden.
Bagi
mengembalikan semula tradisi permainan tradisional,
Perpustakaan Awam
Daerah
Kemaman
telah
mengadakan Pertandingan Batu Seremban untuk
kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun pada 7 Julai
2012 bertempat di Bilik Aktiviti Sudut Pak Belang.
Seramai 48 orang kanak-kanak telah menyertai
pertandingan ini.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
16