Page 22 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
KARNIVAl HARIBDKDDANHAKCIPTA SEDUNIA2012
PERPDSTAKANDESAFEIDANERAN1
Perpustakaan Desa Felda Neram 1, Kemaman dengan kerjasama Pejabat Felda Neram 1 dan Pejabat
Pelajaran Daerah Kemaman telah mengadakan Karnival Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012 pada 19 Julai
2012. Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang karnival ini berlangsung seperti Pertandingan Mewarna
Kanak-kanak Pra Sekolah, Pertandingan IVlenyusun
Jigsaw Puzzle
Tahap II untuk kanak-kanak Orang Asli
Sungai Pergam, Pertandingan Dam Ular Gergasi untuk pelajar istimewa Pusat Dalam Komuniti, Pertandingan
Teka Mukasurat Buku, Pertandingan Meniup dan Memecahkan Belon kategori dewasa serta Cabutan Bertuah.
Selain itu, terdapat juga pameran daripada agensi kerajaan dan swasta serta gerai jualan yang mengambil
bahagian dalam karnival ini. Seramai 380 orang telah mendaftar menjadi ahli perpustakaan.
B IC A RA RAMADHAN - RAWAT HATI, R E S E T MINDA
B,
Jersempena
kedatangan
bulan
Ramadan
Al-Mubarak,Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah
menganjurkan slot bicara Ramadhan bertajuk
Rawat Hati, Reset minda yang telah diadakan pada
2 Ogos 2012. Program ini dianjurkan adalah
bertujuan untuk mempelajari teknik menguruskan
stres dalaman diri dan mengaplikasikannya dalam
tugasan serta kehidupan seharian, berasaskan
ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran.
Perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh Puan
Hajah Fauziah binti Awang, pakar motivasi dan
‘Master
Trainer’
daripada
syarikat
AWM
Management and Service. Seramai 80 orang
peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi
kerajaan di sekitar Daerah setiu termasuk warga
kerja Perpustakaan Desa Daerah Setiu telah
menyertai prgram ini. Antara slot ceramah iaiah
mempelajari teknik menguruskan stres dalaman diri
serta para peserta turut didedahkan dengan kaedah
formula T.I.G.A dalam membantu merehatkan
minda, emosi dan tubuh dalam pengurusan stress.
Selain itu, penceramah turut berkongsi tips
berkaitan mood keseronokan bekerja untuk
mencapai hasil kerja yang lebih cemerlang dan
bermutu.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
18