Page 23 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
PERTANDINGAN SUDOKU BERPASANGAN
Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah
menganjurkan satu pertandingan iaitu
Pertandingan
Sudoku
Berpasangan.
Pertandingan ini diadakan pada 7 Ogos
2012 dan disertai seramai 44 orang
peserta yang merupakan pelajar daripada
Sekolah
IVIenengah
Kebangsaan
Guntong, Setiu. Sudoku adalali perkataan
bahasa Jepun yang membawa maksud
'the numbers must be single'
atau
'the
numbers must occur only once'.
Permainan Sudoku ini dimainkan dengan
mengisi secara berasingan setiap baris,
kolom dan blok dengan angka 1 hingga 9,
dengan setiap baris, kolom dan blok tidak
boleh mempunyai ulangan angka yang
sama. Permainan ini tidak memerlukan
seseorang mahir dengan matematik tetapi
hanya memerlukan logik, strategi dan
fokus ketika bermain. Kebanyakan para
peserta yang baru pertama kali mencuba
permainan ini amat teruja kerana ianya
berupaya
merangsang
minda
dan
membantu mereka berfikir dengan lebih
kritis.
Satu Program Ceramah dan Pameran Penjagaan Pemakanan dan Kesihatan Pada Bulan Ramadhan telah
diadakan pada 1 Ogos 2012 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. Ceramah telah
disampaikan oleh Pegawai Zat Makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang iaitu Tuan Nor Baizura Tuan
Bidin. Para peserta program adalah terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di Daerah
Marang termasuk kakitangan Perpustakaan Daerah dan Desa seramai 55 orang. Ceramah ini merupakan
perkongsian informasi berhubung bagaimana untuk membina tahap kesihatan yang baik terutamanya pada
bulan puasa.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
19