Page 25 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
"“ T O W a
Bersempena bulan Ramadhan dan juga Nuzul
Al-Quran, Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah
menganjurkan Program Ihya Ramadhan pada 8 Ogos
2012 bersamaan 19 Ramadhan 1433H. Antara
pengisian program ini adalah ceramah bertajuk
'Mukjizat dan Keajaiban Al-Quran'
yang telah
disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Zakaria,
penceramah daripada Pejabat Agama Daerah Dungun.
Ceramah ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada kakitangan pelbagai jabatan
dan agensi kerajaan sekitar Daerah Dungun termasuk
semua warga Perpustakaan Awam Daerah Dungun,
Perpustakaan Desa Negeri dan Perpustakaan Desa
dibawah Perpustakaan Negara Malaysia. Antara
intipati ceramah adalah berkaitan tentang mukjizat
Al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan
malaikat Jibril a.s secara berperingkat-peringkat
selama lebih kurang 23 tahun.
Antara mukjizat Al-Quran iaiah keindahan bahasanya
yang tinggi dan halus, susunan bahasa yang baik, ilmu
pengetahuan yang membimbing manusia ke arah
kebenaran serta panduan lengkap ke arah
kemaslahatan dan kemakmuran alam semesta.
Kandungan Al-Quran penuh dengan ajaran bagi
memandu manusia menjadi ummah bertamadun serta
mengandungi peristiwa umat terdahulu yang
menyentuh aspek kehidupan manusia seperti cara
hidup berkeluarga, bermasyarakat, beribadah, urusan
pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan pembangunan.
Diharapkan dengan adanya ceramah ini akan dapat
memberikan nafas baru di dalam usaha untuk memberi
kesedaran dan pengetahuan baru kepada masyarakat
serta memperkasakan lagi penghayatan Al-Quran di
dalam
kehidupan
mereka
seterusnya
akan
memantapkan aqidah, keimanan serta ketaqwaan
masyarakat kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan
dengan kesedaran ini akan melahirkan umat yang
bertakwa, memiliki akal yang sempurna, berilmu dan
berdaya saing.
M M m iM
1
I
1
1
1
---- '
1
Perpustakaan Awam Pekan Kerteh dengan kerjasama
Kolej Komuniti Kijal telah menganjurkan kelas jahitan
manik pada 29 September 2012. Seramai 20 orang
peserta yang terdiri daripada golongan suri rumah telah
menyertai aktiviti ini. Melalui aktiviti ini ianya dapat
memberi peluang kepada para peserta untuk belajar
cara menjahit manik dengan betui dan sekaligus dapat
menjana pendapatan mereka.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
21