Page 26 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
J
F
L=J:’“t
Mitsnmii @ii€r imiiiiiiiii
1^1 peRPiiiTfiifiiiin^im
k
^. ^eii^n. Kemiimfin
Chef Hanieliza sekali lagi telah dijemput untuk mengendalikan kelas masakan kek dan puding yang telah
diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Geliga, Kemaman pada 11 Ogos 2012. Seramai 30 orang peserta
terdiri dahpada penduduk setempat telah menyertai kelas masakan ini. Antara Resepi masakan yang diajar
pada kali ini iaiah Kek Ombak Rindu, Carrot Cupcake dan Puding Jelly. Demonstrasi masakan ini bermula pada
jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan Chef Hanieliza telah menunjukkan langkah demi langkah untuk
membuat kek dan puding serta memberikan tips-tips yang berguna ketika memasak. Seramai 12 orang peserta
turut mengambil kesempatan untuk mendaftar sebagai ahli perpustakaan.
MAJL.I8 TAZKIRAH DAN BACAAJVYA88EV
DI PERPUSTAKAAN DE8AWAKAF TENGAH
Majlis tazkirah dan bacaan yassin telah diadakan pada 8 ogos 2012 bertempat di Perpustakaan Desa Wakaf
Tengah, Kuala Terengganu. Seramai 69 peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar telah menyertai majlis
ini. Majlis ini diketuai oleh Ustazah Asmah binti All iaitu Guru Yayasan Islam Terengganu. Selain itu, majlis juga
turut diserikan dengan tazkirah, doa selamat, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan
marhaban. Majlis ini diadakan adalah sebagai medan perkongsian ilmu di samping mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim bersama penduduk setempat. Selesai majlis, para jemputan telah dijemput untuk menikmati
jamuan ringan yang telah disediakan.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
22