Page 27 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
L i l
T
P E H r m M M i
Perpustakaan Awam Daerah Dungun dengan kerjasama Perpustakaan Desa (PNM) Zon 10 Terengganu telah
mengadakan Program Mesra Komuniti PD Kuala Jengai pada 8 September 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah
diadakan antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan
'Jigsaw Puzzle'
Berpasangan, Pertandingan
Bercerita dan sukaneka. Di samping itu beberapa agensi turut mengadakan pameran antaranya Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Pejabat Kesihatan Daerah Dungun juga turut mengadakan pemeriksaan
kesihatan percuma kepada komuniti setempat. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan
acara penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit
Besi.
•A
P
a
m m s im
Fakulti Sains Komputer UiTM Terengganu dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Dungun dan KEMAS
Daerah Dungun telah menganjurkan Program Sehari Rakan Pustaka pada 15 September 2012 bertempat di
PAD Dungun. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung antaranya Pertandingan
Mewarna, Pertandingan Bercerita, Dam Ular Gergasi, Bengkel
'Grooming',
Kaunseling Remaja dan juga Diskusi
Keibubapaan. Beberapa agensi kerajaan turut mengadakan pameran sempena program tersebut antaranya
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Aktiviti ini telah
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di Daerah Dungun dan diharapkan ianya akan
memberi impak yang positif serta jalinan kerjasama antara agensi kerajaan akan dapat diteruskan dimasa-masa
akan datang.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
23