Page 28 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
KARNIVMSANBDTANHARIKENERDEKAANYANGKE55TAHDN
DIPERPVSTAKAANDESAKG. AIRPDTIH, KENANAN
Perpustakaan Desa Kampung Air Putih, Kemaman telah mengadakan Karnival Sambutan Hari Kemerdekaan
Yang Ke 55 Tahun pada 13 September 2012. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada
jam 3.30 petang. Pelbagai acara menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan ini diantaranya
Pertandingan Mewarna Pra Sekolah dan Pelajar Tahap 1, Pertandingan Menyusun
Jigsaw Puzzle
untuk
kanak-kanak orang asli Sungai Pergam, Pertandingan Dam Ular Gergasi untuk pelatih Pusat Dalam Komuniti
Kampung Air Putih, Pertandingan Meneka Mukasurat Buku, Pertandingan Meniup Belon Tanpa Pecah kategori
dewasa, Demonstrasi Masakan Nasi Arab oleh penulis buku resepi Chef Hanieliza, gerai jualan buku dan
makanan segera daripada Syarikat A&W Kemaman. Seramai 440 orang pengunjung dan seramai 290 orang ahli
baru telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan
Haji Yaakob bin Mat Ali, Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Air Putih, Kemaman.
Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar Pusat Tulsyen Teduhan Iman
bersama Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu
bersama Pusat Tuisyen Teduhan Iman (PTTI) telah
mengadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan
pelajar pada 27 Disember 2012. Majlis ini bertujuan
meraikan kejayaan pelajar-pelajar PTTI yang
merupakan “anak angkat” PADHT bermula tahun
2010 yang telah menduduki peperiksaan UPSR dan
PMR bagi tahun 2012. Seramai 200 orang pelajar
termasuk ibubapa telah membuat kunjungan dan
menghadiri majlis tersebut.Pelbagai aktiviti menarik
telah diadakan diantaranya, Pendaftran ahli
perpustakaan, Permainan dam ular gergasi,Teka
muka surat buku. Debat Sains, Pertunjukan tarian
gangnam stiye tahap 1, Nasyid, Sketsa Bahasa
Inggeris, Spell-it-right, nyanyian sifir, Pidato dan
Berbalas Pantun. Majlis perasmian telah dilakukan
oleh Encik Khasperi bin Muda selaku Ketua
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
24