Page 29 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
Bagi meraikan semangat cintakan Bahasa Kebangsaan, satu Pertandingan Mewarna Logo Bulan Bahasa Kebangsaan
telah diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Guntong Luar, Setiu pada 21 Oktober 2012. Program ini adalain anjuran
bersama Perpustakaan Awam Daerah Setiu dan Perpustakaan Desa Kampung Guntong Luar. Pertandingan ini telah
melibatkan pelajar tadika daripada Tadika Kemas Kampung Guntong Luar seramai 15 orang. Objektif utama diadakan
pertandingan ini adalah bagi memupuk kanak-kanak agar sentiasa memartabatkan baliasa kebangsaan serta merupakan
salah satu inisiatif yang amat baik dalam usaha untuk menyemarakkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan kepada
generasi muda.
p c R T n n D i n c n n B i n n P C R K n m n n
Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Pertandingan Bina Perkataan yang
melibatkan pengunjung kanak-kanak pada 20 Oktober 2012. Pertandingan ini diadakan bertujuan bagi membentuk daya
kreatif kanak-kanak dalam mencari dan mencipta beberapa perkataan lain yang diambil daripada perkataan
'perpustakaan'. Kebiasaannya bagi aktiviti ini, peserta perlu menulis tetapi untuk pertandingan ini peserta dikehendaki
mereka perkataan dengan menggunakan keratan huruf yang telah disediakan dan seterusnya menampal di atas kertas.
Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada kanak-kanak dan hadiah untuk para
pemenang turut disediakan.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
25