Page 30 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
Bagi memartabatkan tulisan jawi, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan Pertandingan Pintar Jawi
yang melibatkan 20 orang pelajar tahun enam daripada Sekolah Kebangsaan Saujana, Setiu pada 17 Oktober 2012
yang lalu. Dalam pertandingan ini peserta perlu menterjemahkan tulisan jawi kepada tulisan rumi. Ini secara tidak
langsung dapat menguji tahap kefahaman pelajar tentang tulisan jawi dan seterusnya dapat mendidik mereka untuk
menghargai khazanah ilmu ini. Pertandingan ini diadakan sempena lawatan sekolah berkenaan ke perpustakaan dan
para peserta turut dibawa melawat ke seluruh bahagian perpustakaan.
f P M rM )M \ I I M M M f T ) M ^
Pekan Budaya Daerah Besut 2012 telah diadakan di perkarangan Pantai Air Tawar pada 23 hingga 29 September
2012. Program yang berlangsung hampir seminggu ini telah dimeriahkan lagi dengan pameran gerai-gerai daripada
Agensi Kerajaan dan juga gerai-gerai jualan. Pelbagai program dan aktiviti telah diatur sepanjang pekan budaya
berlangsung antaranya iaiah Persembahan Kebudayaan Tradisional seperti Dikir Barat, Wayang Kulit serta
Demonstrasi Masakan. Perpustakaan Awam Daerah Besut turut mengambil bahagian dalam program ini dengan
mengadakan aktiviti seperti Meneka Berat Buku dan permainan Dam Ular Gergasi. Selain itu, PAD Besut turut
mengadakan kempen keahlian dimana seramai 400 orang telah menjadi ahli perpustakaan. Majlis perasmian telah
dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Nawi bin Mohamad, ADUN Hulu Besut merangkap Pengerusi Kebudayaan Daerah
Besut.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
26