Page 32 - SALAM JAN-JUN 2009

Basic HTML Version

INFO RANGKAIAN
(Pom rnED (aiimKEQ] [uiamHDOQ] d®qj] q
3
PQ]cs@ pajraDoaa
Perpustakaan Awam Daerah Marang
dan Perpustakaan Desa Merchang
dengan kerjasama JKKK Kampung
Merchang serta AADK Daerah Marang
telah mengadakan Program Galakan
Membaca Jom Lepak @ Pustaka di
Perpustakaan Desa Merchang, Marang.
Program ini dianjurkan bagi menarik
minat
masyarakat
menjadikan
perpustakaan bukan sahaja sebagai
tempat mendapatkan pelbagai bahan
ilmiah tetapi juga mendekatkan mereka
dengan pelbagai aktiviti yang menarik
bagi mengisi masa lapang. Dalam
program ini, pelbagai aktiviti telah
diadakan
seperti
pertandingan
menyusun
Jigsaw Puzzle,
Mewarna
Keluarga, Memancing Huruf, Musang
Berjanggut,
Dam
Ular
Gergasi,
Gubahan, Teka Mukasurat Buku dan
juga Cabutan Bertuah.
Majlis peyampaian hadiah pemenang
telah disempurnakan oleh Ahli Majlis
Daerah Marang, Encik Anuar Bin Mohd
Nor dan juga JKKK Kampung Merchang,
Encik Alias Bin Idris. Turut hadir pada
majlis tersebut iaiah pegawai AADK
Daerah Marang, Encik Wan Zulkafli Wan
Ahmad.
Karnival Pekan Budaya Dungun sekali lagi telah diadakan
pada tahun ini dan telah menarik seramai 40 penyertaan gerai
pameran dan perkhidmatan. Perpustakaan Awam Daerah
Dungun turut tidak ketinggalan untuk menyertai karnival ini
yang telah berlangsung pada 18 hingga 24 November 2012
bertempat di Perkarangan Muzium Daerah Dungun. Selain
mengadakan pameran dan juga pendaftaran keahlian, PAD
Dungun turut mengadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti
Pertandingan Teka Mukasurat Buku, Dam Ular Gergasi dan
juga kuiz. Acara perasmian telah disempurnakan oleh Y.B.
Datuk Hj. Za'abar bin Hj. Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri
Terengganu. Perasmian penutup pula telah disempurnakan
oleh Y.B. Datuk Haji Matulidi bin Jusoh, Ahli Parlimen Dungun.
SALAM JULAI - DISEMBER 2012
28